Apakah SMS percuma di OneXOX?
Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma di OneXOX?
1800 SMS percuma untuk pengguna setia.
Pelanggan setia berpeluang mendapat kuota 150 SMS percuma setiap bulan selama 12 bulan!Terma & syarat:
- hanya ke talian ONEXOX ke ONEXOX dan XOX sahaja
- kuota pertama diberi sebaik sahaja memasukkan SIM kad ke dalam telefon selepas pengaktifan langganan (panggilan pertama).
- kuota seterusnya diberikan pada awal setiap bulan
- pastikan langganan anda aktif pada awal setiap bulan
- kuota yang tidak habis akan dibawa ke bulan seterusnya
- SMS percuma tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada apa jua bentuk
Bila saya akan menerima SMS Percuma?
Anda akan terima SMS Percuma setelah nombor ONEXOX anda diaktifkan bagi nombor baru. Bagi nombor MNP akan menerima setelah 2 minggu nombor diaktifkan.
Apa syarat yang perlu ada untuk saya dapat SMS Percuma tersebut?
Nombor ONEXOX anda mesti AKTIF untuk menerima SMS percuma tersebut.
Adakah SMS percuma itu boleh digunakan ke nombor rangkaian lain?
Tidak boleh. SMS percuma hanya boleh digunakan ke nombor XOX sahaja
Adakah Bilangan SMS Percuma saya akan dilupuskan sekiranya nombor ONEXOX saya tidak aktif?
Tidak. Bilangan SMS percuma tidak akan dilupuskan. Ia boleh digunakan sehingga nombor anda aktif semula.
Status Nombor ONEXOX saya DIGANTUNG. Adakah saya akan tetap menerima SMS percuma?
Tidak. Anda tidak akan menerima SMS percuma sekiranya Nombor ONEXOX anda tidak aktif.
*Status akan bertukar daripada AKTIF kepada DIGANTUNG selepas tamat tempoh aktif 30 hari tanpa membuat apa-apa isian semula. Panggilan dan SMS keluar tidak dibenarkan dalam tempoh ini kecuali panggilan ke nombor kecemasan dan nombor-nombor perkhidmatan yang tidak dikenakan caj.
Saya menggunakan Nombor MNP, tetapi saya tidak membuat tambah nilai selama 3 bulan , adakah saya akan menerima SMS percuma tersebut?
Ya anda akan menerima SMS Percuma. Kerana tempoh masa aktif bagi nombor MNP adalah selama 28 bulan.
Setelah aktif selama 12 bulan, adakah saya tetap akan terima SMS percuma pada bulan berikutnya ?
Tidak. Anda tidak akan menerima SMS percuma lagi . SMS percuma hanya diberi selama 12 bulan setelah aktif sahaja.
Tempoh 12 bulan pemberian SMS percuma itu telah tamat, tetapi saya masih mempunyai baki SMS percuma. Adakah baki tersebut akan lupus atau masih boleh digunakan?
Baki SMS percuma tersebut masih boleh digunakan sehingga baki SMS percuma tersebut habis.