Tuesday, 3 February 2015

Bagaimana Menjadikan ONEXOX sebagai TAC Number

Apa itu TAC?
TAC adalah Kod keselamatan untuk membuat transaksi tertentu untuk melindungi akaun bank anda daripada diakses pihak ke 3.

Bila TAC digunakan?
TAC digunakan semasa anda ingin membuat transaksi seperti pembelian reload menggunakan Pembankan atas talian (ONLINE) dimana SMS Kod dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan untuk urusan TAC.

Bagaimana hendak mendaftar Nombor telefon saya untuk dijadikan TAC ?
Anda boleh membuat permohonan dan pendaftaran TAC di kaunter-kaunter bank atau pendaftaran di mesin ATM.

Sebelum ini saya telah mendaftar nombor telefon lama saya untuk TAC. Saya ingin menukar nombor telefon yang baru untuk dijadikan TAC. Bagaimana caranya?
Anda hanya perlu ke kaunter bank/mesin atm dan membuat permohonan untuk menukar dan mengemaskini nombor telefon baru anda bagi urusan TAC.

Adakah saya akan menerima SMS kod TAC sekiranya nombor yang saya daftarkan sebagai TAC telah bertukar ke rangkaian lain (MNP)?
Tidak. Anda perlu mengemaskini Nombor telefon yang hendak dijadikan TAC di kaunter bank/Mesin Atm.SMS kod TAC  akan diterima seperti biasa melalui no telefon yang didaftarkan.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...